Thursday, April 22, 2010

SK. Limbuak Banggi, Kudat













Selamat Datang

Ke Laman Blog Sekolah kami,
SK. Limbuak Banggi, Kudat.
Email : sklimbuakbanggi@yahoo.com




Sejarah Penubuhan Sekolah
SK. Limbuak Banggi, Kudat

Sekolah Kebangsaan Limbuak Banggi Kudat dibuka pada bulan jun 1966. Sekolah ini diasaskan oleh Hj Silal Enggal yang pernah menjadi ketua kampung Limbuak Laut sebelum diganti oleh En. Andun B Sadun Ketua Kampung ( 1993 – kini ). Sekolah ini,kini telah berusia 42 tahun dan menjadi sekolah yang kedua tertua selepas Sekolah Kebangsaan Balak – balak. dan beberapa tahun kemudian Sekolah Kebangsaan Limbuak menjadi Sekolah Yang tertua Selepas Sekolah Kebangsaan Balak – balak ditutup. Bilangan murid pada waktu itu seramai 78 orang sahaja dan mereka yang menjadi murid di sekolah ini datang dari kampung di sekitar Pulau Banggi. Umur murid juga pada ketika itu melebihi had yang ditetapkan sekarang,kerana ingin bersekolah ada yang telah mencecah umur 17 baru datang ke sekolah.

Nama Sekolah Kebangsaan Limbuak Banggi,Kudat diambil bersempena nama tempat bertapaknya sekolah ini iaitu “ Kampung Limbuak” yang bermaksud ( Limbu – jauh dari ancaman ). Murid – murid yang datang ke sekolah ini hanya berjalan kaki mengikut denai – denai yang ada di sekitar 20 tahun pembukaannya kerana pada waktu itu jalanraya belum wujud. Pada masa yang sama murid terpaksa menjadi tukang kebun bagi menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Keluasan tapak sekolah ini sekitar 4.5 ekar, tetapi tapak sekolah ini belum mempunyai geran atau slip Permohonan Tanah ( PT ).

Alhamdulillah, setelah sekolah ini beroperasi selama 42 tahun ramai murid yang keluar dari sekolah ini telah melanjutkan pelajaran dan kini ada yang telah menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan mahupun swasta. Antara mereka yang telah berjaya ialah anak kepada pengasas sekolah ini yang kini menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parapat Laut iaitu En. Maikal Bin Hj Silal.



Biodata Guru Besar
Nama : En. Maikal Bin Hj. Silal
Tarikh Lahir :
Pengalaman :




Visi Sekolah

Dalam usaha untuk merealisasikan “Program Lima Tahun 2007-2011” kami telah menetapkan visi seperti berikut:

Melahirkan insan yang cemerlang dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum, sahsiah dan berdaya saing.


Misi Sekolah
Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Limbuak Banggi menyatakan dengan penih yakin bahawasanya kami akan berusaha kearah:

Kecemerlangan dan peningkatan kualiti yang berterusan dalam aspek kurikulum, ko-kurikulum dan sahsiah kearah melahirkan generasi pelajar yang berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran, berdaya saing dan mempunyai semangat cintakan negara.


Logo Sekolah

Lagu Sekolah
Berdiri megah,
Gedung wawasan,
Pelopor warga berpendidikan,
Itulah SK. Limbuak,
Dengan slogan berilmu, berakhlak, berbakti.
Tampilnya guru yang didikasi,
Ibu bapa pula penggalak diri,
Moga lahirlah insan jati diri,
Nilai murni di julang tinggi.
Berakhlak mulia disemaikan,
Budaya ilmu diamalkan,